Mengukur Perbelanjaan Bantuan Pembangunan Rasmi untuk Mencapai Sasaran 8.7

24 September 2018

Kelly Gleason  | Data Science Lead - Delta 8.7

Bukti yang semakin banyak menunjukkan bahawa kurang pembangunan menyebabkan individu terdedah kepada buruh paksa, perhambaan moden, pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak (eksploitasi Sasaran 8.7). Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa kehadiran eksploitasi Sasaran 8.7 boleh mempengaruhi secara negatif ke atas gaji, produktiviti buruh, dan pertumbuhan ekonomi melalui pengekalan akses yang lemah kepada pendidikan, latihan dan peluang untuk turut serta dalam ekonomi. Kedua-dua faktor ini menunjukkan peranan penting untuk mendapatkan bantuan pembangunan dan pemprograman dalam menangani eksploitasi Sasaran 8.7.

Berapakah perbelanjaan negara ke atas pemprograman bantuan pembangunan untuk mencapai Sasaran 8.7? Ke manakah mereka membelanjakan sumber mereka, dan untuk campur tangan jenis apa? Dalam laporan yang baru-baru ini diterbitkan oleh Pusat UNU untuk Penyelidikan Dasar sebagai sumbangan kepada Delta 8.7 – Platform Pengetahuan Gabungan 8.7, kami (saya dan pengarang bersama) James Cockayne) mula menjawab persoalan ini, dengan menjana garis dasar perbelanjaan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) ke atas isu Sasaran 8.7 bagi tahun 2000–2013.

Siasat terdahulu ke atas pengaliran bantuan rasmi menyasarkan masalah pembangunan tertentu atau SDG yang sering bergantung pada kod dipratubuh yang digunakan oleh Jawatankuasa Bantuan Pembangunan (DAC) bagi Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang mengenal pasti dari segi bilangan bidang masalah teras bagi setiap projek Bantuan Pembangunan Rasmi. Malangnya, oleh sebab sistem pengekodan DAC wujud sebelum penubuhan SDG, pengekodan seringkali tidak sejajar dengan sama ada 17 matlamat pembangunan mampan yang menyeluruh mahupun setiap 169 petunjuk sasaran SDG. Apabila kod DAC tidak selari dengan topik tertentu atau sasaran kepentingan SDG, penyelidik telah mendapatkan bantuan pengekod manusia untuk memahami perihalan projek, menentukan keterkaitan dengan sasaran tertentu atau SDG dan secara manual menguntukkan kod yang sewajarnya pada data. Ini sememangnya tujuan projek AidData apabila menggabungkan set data Teras Kewangan SDG, yang sepadan dengan projek Bantuan Pembangunan Rasmi dan komitmen USD yang berkaitan pada kesemua 17 SDG, walaupun perbelanjaan peringkat sasaran tidak tersedia.

Untuk menjawab soalan khusus tentang perbelanjaan Sasaran 8.7 SDG, kami telah mengguna pakai pendekatan berbeza dalam pengumpulan data yang tidak memerlukan kami bergantung pada carian manual bagi berjuta-juta perihalan projek Bantuan Pembangunan Rasmi. Bermula daripada Penyelidikan Teras AidData Keluaran 3.1, kami membina sampel projek bantuan yang merujuk kepada senarai set kata dasar utama berkaitan dengan Sasaran 8.7, dalam perihalan projek mereka. Senarai istilah dasar ini direka bagi mencipta kategori yang luas untuk menguasai tujuh bentuk eksploitasi yang menyeluruh yang terangkum dalam Sasaran 8.7: buruh paksa, buruh kanak-kanak, askar kanak-kanak, pemerdagangan manusia, perkahwinan paksaan, perhambaan moden dan pekerja paksa. Kami membina sampel ini melalui bentuk ringkas Pemprosesan Bahasa Tabii (NLP) yang dikenali sebagai pengekstrakan entiti, menggunakan algoritma untuk merangkak secara mekanikal 1,252,036 perihalan projek yang tersedia melalui AidData. Kaedah tersebut menghasilkan sebanyak 6,408 sampel projek Bantuan Pembangunan Rasmi yang berkaitan dengan bentuk eksploitasi yang terangkum di bawah Sasaran 8.7 SDG.

Terdapat had dalam metodologi dan juga dalam kemudahan analisis keputusan kami. Penyelidikan kami menilai perbelanjaan bantuan untuk menangani buruh paksa, perhambaan moden, pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak oleh negara OECD antara tahun 2000 hingga 2013. Ini tidak menggabungkan perbelanjaan oleh penderma penting lain yang bukan ahli DAC OECD pada masa tersebut (seperti Qatar). Ini juga tidak merangkumi bantuan bukan Bantuan Pembangunan Rasmi, perbelanjaan domestik atau pengaliran sumbangan derma yang meningkat yang diberi atas kebimbangan ini.

Analisis kami mengkaji maklumat daripada data ini yang memberitahu kami tentang amaun yang dibelanjakan dari semasa ke semasa, oleh penderma yang mana dan ke negara mana, untuk menangani bentuk eksploitasi Sasaran 8.7.

Jumlah yang dibelanjakan:

Kami mendapati bahawa komitmen Bantuan Pembangunan Rasmi antara tahun 2000 hingga 2013 berjumlah sebanyak USD 4,128,037,703, atau purata hanya di bawah USD 295 juta setiap tahun, walaupun komitmen amat berbeza dari semasa ke semasa dengan jumlah memuncak hampir USD 500 juta pada tahun 2009, paling kurang sekitar USD 450 juta setiap tahun antara tahun 2010 hingga 2013.

Penyumbang:

AS merupakan penderma terbanyak (2.5 bilion keseluruhannya), menyumbang hampir 10 kali ganda sebanyak Bantuan Pembangunan Rasmi daripada penderma tertinggi seterusnya, Kanada (263 juta), diikuti oleh Norway (216.7 juta), Australia (204.8 juta), Sweden (138.9 juta) dan UK (120.3 juta). Laporan juga menunjukkan pecahan perbelanjaan setiap penderma dari semasa ke semasa.

Arah aliran bantuan:

Sebilangan kecil negara menerima sejumlah purata komitmen Bantuan Pembangunan Rasmi tahunan berkaitan dengan Sasaran 8.7, termasuk Afghanistan (23.5 juta), India (19.3 juta), Colombia (19 juta) dan Republik Demokrasi Kongo (14.5 juta). Dengan membandingkan perbelanjaan AS dengan semua perbelanjaan negara OECD lain, kita mendapati bahawa penerima menerima majoriti bantuan sama ada daripada AS atau daripada keseluruhan gabungan negara OECD.

Untuk isu apa:

Kami menemui kepelbagaian yang ketara dalam perbelanjaan antara bentuk eksploitasi Sasaran 8.7. Pada tahun 2000, komitmen Bantuan Pembangunan Rasmi ke atas projek bertujuan untuk membasmi buruh kanak-kanak telah jauh mengatasi komitmen berkaitan dengan bentuk eksploitasi lain. Sehingga beberapa tahun terakhir sampel, himpunan agregat terbesar komitmen Bantuan Pembangunan Rasmi telah menyasarkan pemerdagangan manusia. Pembiayaan yang disasarkan untuk buruh kanak-kanak secara perlahan-lahan merosot semenjak tahun 2004, paling sedikit pada tahun 2011, dengan peningkatan kecil kemudiannya dari tahun 2012 hingga 2013.

Secara keseluruhannya, analisis yang ditunjukkan dalam laporan adalah bertujuan untuk bersifat deskriptif berbanding preskriptif. Walau bagaimanapun, kami menawarkan beberapa cadangan yang akan membolehkan kami mengembangkan perkara yang kami tahu tentang sumbangan bantuan untuk isu Sasaran 8.7. Pertama, analisis pada masa hadapan akan memperoleh manfaat sebahagian besarnya daripada ketersediaan data CRS DAC dengan kod tujuan yang lebih menyeluruh dan tepat untuk menandai dan menjejaki pengaliran Bantuan Pembangunan Rasmi untuk isu Sasaran 8.7. Kedua, penyelidikan yang kami bentangkan tidak memberikan analisis tentang sumbangan bukan Bantuan Pembangunan Rasmi kerana tiada sumber data bantuan yang boleh dipercayai dan kukuh yang tidak dikira sebagai Bantuan Pembangunan Rasmi, perbelanjaan domestik atau sumbangan derma peribadi. Tindakan mewujudkan pangkalan data berpusat untuk menguasai maklumat ini secara sistematik boleh membawa kami lebih jauh berbanding dengan garis dasar yang disediakan dalam laporan kami.

Kelly Gleason ialah Ketua Sains Data Delta 8.7.

Artikel ini telah disediakan oleh Kelly Gleason sebagai sumbangan kepada Delta 8.7. Seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Delta 8.7, pendapat yang diluahkan dalam artikel ini merupakan pendapat pengarang dan tidak semestinya mencerminkan pendapat UNU atau rakan kongsinya.

Forum Delta 8.7
Kaedah Pengukuran dan Statistik

Evolusi Laporan Global UNODC tentang Pemerdagangan Manusia

Fabrizio Sarrica
Teruskan Membaca
Penguatkuasaan Undang-undang

Menggalakkan Pengaliran Maklumat untuk Mencapai Sasaran 8.7

Luis Fabiano de Assis
Teruskan Membaca
Keadilan Antarabangsa

Mencipta Rang Undang-undang Perhambaan Moden Kanada

John McKay
Teruskan Membaca
Penguatkuasaan Undang-undang

Creating an Effective, Collaborative Human Trafficking Response with the Available Resources in Rural Communities

Teruskan Membaca
Ekonomi, Peraturan Perniagaan dan Rantai Bekalan

Corporate Social Responsibility and the Failure to End Labour Exploitation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Kaedah Pengukuran dan Statistik

Measurement, Action, Freedom: Assessing Government Action to Achieve Target 8.7

Teruskan Membaca
Tag