Mengukur Perubahan: Selamat Datang ke Delta 8.7

24 September 2018

James Cockayne  | Project Director - Delta 8.7

Anggaran global terbaik yang kami cadangkan bahawa pada tahun 2016, sekitar 40.3 juta orang merupakan mangsa perhambaan moden atau buruh paksa. Tiada sebab tertentu untuk mempercayai bahawa angka ini adalah lebih tinggi atau lebih rendah dengan ketara pada hari ini.

Negara komited dalam Sasaran 8.7 bagi Matlamat Pembangunan yang Mampan untuk mengambil langkah berkesan untuk membasmi buruh paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia sebelum tahun 2030. Untuk mengambil perkara tersebut dengan serius bermakna kami perlu mengurangkan bilangan mangsa sebanyak sekitar 8,994 orang setiap hari bagi menghampiri sifar sebelum 31 Disember 2030.

Angka bagi bentuk buruh kanak-kanak yang terburuk adalah jauh lebih jelas kelihatan, terutama apabila tarikh akhir untuk pembasmian ditetapkan oleh Sasaran 8.7 dalam situasi tersebut ialah 2025, bukan 2030. Dengan anggaran terbaik 72.525 juta kanak-kanak dalam kategori tersebut, usaha untuk mencapai Sasaran 8.7 memerlukan pengalihan keluar sekitar 27,306 kanak-kanak daripada bentuk buruh kanak-kanak yang terburuk setiap hari.

Kedua-dua angka ini—8,994 orang setiap hari, dan 27,306 kanak-kanak setiap hari—ialah titik permulaan untuk menentukan kadar perubahan—atau ‘delta’ (∆) seperti yang dikenali dalam kitaran saintifik—yang diperlukan untuk mencapai Sasaran 8.7 bagi Matlamat Pembangunan yang Mampan.

Mencari isyarat di sebalik hingar

Sejauh manakah lagi untuk kita mencapai Sasaran 8.7?

Jawapan pendek ialah: kami tidak tahu. Bukan dengan cara yang saintifik atau sistematik.

Kami tidak tahu berapa ramai orang sedang dikeluarkan daripada bentuk eksploitasi yang ditangani oleh Sasaran 8.7. Kami tidak tahu secara tepat tentang perkara yang membuatkan orang mudah terdedah kepada bentuk eksploitasi ini, sehingga menyukarkan usaha untuk menghalang mereka. Kami tidak tahu langkah yang mana merupakan “langkah yang berkesan” dan yang mana merupakan usaha yang sia-sia.

Akan tetapi, kami akan terus mengkaji. Terdapat pasaran idea yang semakin berkembang pesat tentang tindakan yang berkesan untuk menentang buruh paksa, perhambaan moden, pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak, serta badan penajaan dan sains yang bergerak pantas dalam isu ini.

Perkembangan pesat ini menampilkan cabaran yang tersendiri untuk semua yang terlibat—terutamanya untuk petindak dasar. Kita sudah kesuntukan masa yang diperlukan untuk mencari, menggunakan dan memahami bahan ini. Seringkali, ini perkara yang amat teknikal dan sukar difahami. Tanpa pakar saintifik, ini mungkin menyukarkan petindak dasar untuk memahami sekiranya mereka sedang mengejar metrik yang salah atau bergantung pada model yang salah.

Bagaimanakah cara untuk petindak dasar—dan orang lain yang berminat—boleh mencari jalan di sebalik hingar ini untuk memperoleh isyarat yang boleh dipercayai tentang “tindakan yang berkesan” yang mungkin timbul daripada data dan bukti?

Delta 8.7 sedang membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Sambil bekerjasama dengan ramai rakan kongsi, Pusat untuk Penyelidikan Dasar di Universiti Bangsa-bangsa Bersatu telah menubuhkan Delta 8.7 sebagai platform pengetahuan untuk Gabungan 8.7 – gabungan pelbagai pihak berkepentingan yang berusaha untuk mencapai Sasaran 8.7 yang dipimpin oleh ILO.

Kami berharap Delta 8.7 akan terbukti menjadi panduan yang berguna untuk membantu petindak dasar memahami “langkah yang berkesan” yang diperlukan untuk mencapai Sasaran 8.7.

Membina komuniti dasar yang didorong oleh sains

Menyemai komuniti saintifik—dan membantu petindak dasar mencari dan memahami wawasan saintifik—merupakan aspek yang sangat penting bagi pendekatan kami.

Tujuan kami bukanlah untuk memilih pemenang. Delta 8.7 tidak akan mendedahkan jawapan kepada petindak dasar.

Sebaliknya, kami menyediakan platform yang menggalakkan wacana saintifik, menguatkan asas bukti melalui dialog dan pengujian dari semasa ke semasa, dan membantu petindak dasar memahami aspek sains yang terlibat.

Delta 8.7 ialah platform pengetahuan untuk petindak dasar, penyelidik, pemandiri dan pengamal untuk saling terlibat dan membincangkan bukti dan idea antara satu sama lain, dan membina asas bukti yang kuat dari semasa ke semasa. Kami akan membantu untuk membawa sains maju ke hadapan, dan membantu semua pihak berkepentingan menemui cara untuk menterjemahkan sains agar menjadi dasar yang berkesan.

Kejayaan kami bergantung pada penglibatan aktif oleh ketua pemikiran dalam bidang, bermula daripada Organisasi Buruh Antarabangsa kepada Dana Global untuk Menamatkan Perhambaan Moden, daripada program penyelidikan Memahami Kerja Kanak-kanak kepada Yayasan Kebebasan, dan daripada Dana Kebebasan kepada ketua pemikiran SmartLab di Brazil. Lebih daripada 15 penulis ruang akan memaklumkan kepada pembaca tentang wawasan terbaru. Platform ini juga akan membantu pembaca menemui jalan ke organisasi antpemerdagangan yang bekerja di barisan hadapan di seluruh dunia.

Kejayaan juga akan bergantung pada penglibatan aktif oleh petindak dasar. Halaman Bertindak tapak web menyerlahkan komitmen lebih daripada 62 buah negara di seluruh dunia untuk mempercepatkan tindakan bagi mencapai Sasaran 8.7.

Dari semasa ke semasa, kami berharap Delta 8.7 akan menguatkan ikatan antara ketua pemikiran dan petindak dasar, termasuk melalui peristiwa kehidupan sebenar untuk menyatukan komuniti dasar yang didorong sains ini secara bersama-sama. Anda boleh menonton video daripada peristiwa pertama sedemikian, yang menyatukan lebih daripada 100 orang di Ibu Pejabat UN pada bulan Julai 2018, di sini.

…kita perlu mengurangkan bilangan mangsa sebanyak sekitar 8,994 orang setiap hari agar dapat menghampiri sifar sebelum 31 Disember 2030.

Pelbagai cara untuk belajar

Manusia belajar dengan cara yang berbeza – maka Delta 8.7 menawarkan banyak cara untuk belajar. Tempat yang baik untuk bermula ialah Jelajah Berpandu kami.

Bagi mereka yang mencari syot tangkap pantas bagi perkara yang diketahui tentang cara Sasaran 8.7 berinteraksi dengan bidang dasar dan amalan yang berbeza, Gambaran Keseluruhan Bertema menawarkan cara yang pantas. Gambaran keseluruhan ini disediakan melalui rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan kami dalam Kumpulan Rujukan, dan pakar lain, mengikut dasar editorial dan tapak kami. Liputan bertema kami akan berkembang dari semasa ke semasa. Glosari asas kami juga akan berguna.

Forum bertujuan untuk menjadi tempat utama di dunia bagi perbincangan tentang data dan bukti terkini mengenai buruh paksa, perhambaan moden, pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak dan erti pencapaian Sasaran 8.7 untuk dasar. Dari semasa ke semasa, kami juga akan menunjukkan kepada pembaca pelbagai sumber yang semakin berkembang tentang Cara Mengukur Perubahan yang dijana oleh rakan kongsi kami.

Ramai orang belajar secara visual. Visualisasi data ialah tumpuan pendekatan kami, seperti yang ditunjukkan oleh analisis terbaru kami bagi Bantuan Pembangunan Rasmi pada Sasaran 8.7. Mulai bulan Disember 2018, Delta 8.7 juga akan menyediakan papan pemuka data yang terperinci yang mengumpul semak pelbagai maklumat statistik dan kualitatif yang berkaitan dengan Sasaran 8.7, bermula dengan negara Bertindak.

Akhir sekali, Delta 8.7 juga menawarkan kepada rakan kongsi peluang untuk mengiklankan Peluang Pembelajaran mereka sendiri, yang sudahpun merangkumi segala-galanya daripada amalan baik dalam data dan pengukuran kepada peranan teknologi baharu dalam mencapai Sasaran 8.7.

Memanfaatkan Delta 8.7 dengan sepenuhnya

Pembaca yang berminat secara khusus dalam topik tertentu boleh menggunakan tag pada ruangan di sebelah kanan untuk mencari kandungan yang berkaitan, atau bar alat carian di bahagian atas sebelah kanan halaman. Anda juga boleh mendaftar untuk mendapatkan surat berita kami, serta mengikuti kami di Twitter dan Facebook.

Akan tetapi, untuk memanfaatkan Delta 8.7 dengan sepenuhnya, anda perlu terlibat dengan kami secara aktif.

Anda sentiasa dialu-alukan agar menghubungi kami untuk memberikan maklum balas dan memberitahu kami perkara yang anda mahukan daripada tapak. Lebih daripada itu, Delta 8.7 menawarkan platform untuk anda melibatkan diri dalam komuniti dasar yang memuncul yang tertumpu pada menggunakan bukti untuk mencapai Sasaran 8.7. Kami mengalu-alukan sumbangan anda.

Akhirnya, sama ada kami mencapai Sasaran 8.7 bergantung pada cara kami bersama-sama belajar dan bertindak. Kami berharap agar Delta 8.7 akan menjadikan ini lebih mudah. Walau bagaimanapun, hasilnya kelak terpulang kepada anda, para pembaca.

James Cockayne ialah Pengarah Projek Delta 8.7.

Artikel ini telah disediakan oleh James Cockayne sebagai sumbangan kepada Delta 8.7. Seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Delta 8.7, pendapat yang diluahkan dalam artikel ini merupakan pendapat pengarang dan tidak semestinya mencerminkan pendapat UNU atau rakan kongsinya.

Forum Delta 8.7
Keadilan Antarabangsa

How to Spur Corporate Accountability with Modern Slavery Legislation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Sokongan Orang yang Selamat dan Mangsa

Implementing Shared Decision Making with Child Trafficking Survivors

Teruskan Membaca
Kaedah Pengukuran dan Statistik

Evolusi Laporan Global UNODC tentang Pemerdagangan Manusia

Fabrizio Sarrica
Teruskan Membaca
Keadilan Antarabangsa

How to Spur Corporate Accountability with Modern Slavery Legislation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Sokongan Orang yang Selamat dan Mangsa

Implementing Shared Decision Making with Child Trafficking Survivors

Teruskan Membaca
Ekonomi, Peraturan Perniagaan dan Rantai Bekalan

Corporate Social Responsibility and the Failure to End Labour Exploitation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Tag