Memahami Strategi Pengambilan Pekerja Pengedar Melalui Teori Kultik

16 Oktober 2018

Megan Lundstrom  | Pengarah Eksekutif, Free Our Girls
Angie Henderson  | Profesor Sosiologi, Universiti Colorado Utara

Nota editor: Artikel ini mengandungi perihalan terang-terangan tentang penganiayaan dan trauma daripada mangsa dan mereka yang selamat daripada pemerdagangan.

Penyelidikan perdagangan seks telah menjadi wabak oleh sebab kekurangan data yang boleh dipercayai, mengehadkan cara kita memahami industri perdagangan seks yang bernilai berbilion dolar. Untuk menyembuhkan wabak ini, pada musim panas 2017, kami telah menjalankan temu bual kualitatif dan mendalam dengan sampel 54 wanita di Amerika Syarikat yang dikenal pasti sebagai sama ada mangsa yang selamat atau masa perdagangan seks semasa. Sampel diambil melalui rangkaian kebangsaan Free Our Girls’ yang sedia ada yang mempunyai lebih daripada 1,600 wanita yang dieksploitasi secara seksual dan dari segi komersial sebelum ini. Temu bual dijalankan secara bersemuka melalui panggilan telefon. Menggunakan teori kultik sebagai rangka kerja, penyelidikan kami yang tidak diterbitkan menyelidik pengalaman wanita dalam pengambilan pekerja dan kawalan semasa tempoh mereka diperdagangkan. Teori kultik mencadangkan bahawa 15 mekanisme untuk memperkuat dan menstabilkan kumpulan kultik, yang mana kita pertikaikan menyumbang kepada menginstitusikan dan mengekalkan industri seks komersial.

Ciri utama yang dipegang oleh teori kultik ialah kumpulan menumpukan perhatian membawa masuk ahli baharu. Dari segi ekonomi, ini memang logik dengan mengambil kira lebih ramai mangsa digunakan bapa ayam, lebih tinggi margin untungnya. Sebagai sebahagian daripada taktik pengambilan pekerja, pengedar mengisi ruang awam, mencari peluang untuk berinteraksi dengan wanita dan gadis yang lemah. Data kami mendedahkan bahawa pengedar sering memburu kelemahan mangsa. Berdasarkan cerita peserta kami, pengedar nampaknya meramalkan krisis yang akan berlaku dalam kehidupan gadis dan wanita yang mereka persiapkan. Seorang mangsa yang selamat sebenarnya menggunakan bahasa kultik apabila menjelaskan bagaimana dia diambil: “Pengedar ini sangat berpelajaran? Ia seolah-olah mereka pergi ke sekolah pengedar untuk belajar cara menggunakan teknik mencuci otak jenis kultus ini.”

Teknik ini lazimnya diterangkan oleh wanita dalam sampel kami. Pengedar akan menyerbu dan menawarkan penyelesaian kepada krisis kewangan yang akan berlaku. Gelandangan, seorang peserta menerangkan menghadiri sarapan percuma di mana dia didekati oleh pengedar wanita:

Jadi seorang wanita mendekati… dan perkara pertama yang diberitahunya kepada saya, “Awak, saya boleh agak yang awak telah dianiaya,” dan dia berkata, “Saya juga dianiaya jadi saya tahu bagaimana keadaannya.” Jadi dia cuba membina hubungan yang sangat mendalam dan sangat cepat… kemudian dia membawa saya pulang ke apartmennya…kami pergi ke apartmen dan dia menutup pintu dan berdiri di hadapan pintu dan beritahu saya bahawa nama dia yang saya ketahui adalah bukan nama dia. Kemudian dia meletakkan saya di dalam bilik tidurnya dan saya menyedari terdapat lelaki lain di dalam bilik tersebut… saya telah diperkosa dan saya sangat kecewa ketika itu dan kemudian dia menghalau saya. Maka proses pengambilan pekerja adalah jauh lebih cepat disebabkan trauma dan pengalaman lalu saya.

Penyelidikan kami mendapati bahawa kebimbangan ekonomi dan rumah seringkali menyumbang kepada kerentanan mangsa kerana bakal pengedar mereka akan masuk ke dalam situasi mereka dengan apa yang nampak seperti satu penyelesaian mudah. Hampir 40 peratus wanita yang diambil ke dalam perdagangan seks menunjukkan bahawa krisis ekonomi amat mendahului pengambilan pekerja mereka. 13 daripada wanita ini berada dalam bahaya kewangan yang ketara: empat daripadanya dihalau dari rumah ibu bapa mereka, lima sudah menjadi gelandangan atau tinggal di tempat perlindungan, dua sudah kehilangan kerja, dan dua lagi telah terputus hubungan dengan pencari nafkah dalam rumah tangga.

Bagi kebanyakan wanita dalam sampel kami, pelacuran sebagai penyelesaian kepada masalah kewangan telah disemai semasa proses persiapan, yang selalunya bertahan antara enam bulan sehingga dua tahun. Lazimnya, wanita yang bertemu pengedar mereka dan dia akan berpura-pura menunjukkan minat romantis untuk mengenali mereka. Semasa tempoh tersebut, kelemahan ekonomi atau lain-lain mangsa didedahkan, dan kemudiannya dieksploitasi untuk keuntungan pengedar. Kekurangan pilihan mengakibatkan wanita ini membuat satu-satunya pilihan yang ada-pelacuran-dan mereka tidak menganggap pengedar mereka bertanggungjawab atas pilihan mereka.


Syot malam fokus dikaburkan. Unsplash/Alex Knight.

Mangsa yang selamat lain membincangkan mereka diletakkan dalam situasi melakukan pengambilan dan persiapan untuk pengedar. Sebagaimana dinyatakan seorang peserta: “Semasa kehidupan tersebut*, saya sangat bagus dalam melatih gadis baharu sehingga bapa ayam membayar pengedar saya agar saya melatih gadis mereka. Saya juga boleh mencari jalan dalam sebarang situasi yang akan menjadi dan orang membayar pengedar saya untuk ilmu saya.”

Walaupun strategi pengedar berbeza-beza, unsur biasa dalam penyelidikan kami ialah pengambilan pekerja adalah penting untuk mengekalkan kumpulan, dan pemburuan ke atas kelemahan wanita adalah menjadi kelaziman kerana membawa masuk ahli baharu.

Penyelidikan kami adalah penting untuk memahami bagaimana pengamal boleh memenuhi keperluan pelanggan mereka sebaiknya. Kesimpulannya, mangsa perdagangan seks merupakan penduduk unik yang memerlukan pelbagai perkhidmatan. Individu yang keluar daripada kultus tersebut mungkin mengalami sindrom pasca trauma kultus, yang memerlukan penjagaan khas daripada pengamal terlatih dalam menangani trauma yang kompleks. Disebabkan hal ini, pengamal hendaklah menyedari bahawa mangsa yang selamat memerlukan masa untuk menyahprogram proses fikiran mereka. Menggunakan teori kultik untuk memahami perdagangan seks yang dikawal oleh bapa ayam masih lagi di peringkat awal; penyelidik masa hadapan mempunyai banyak peluang untuk terus meneroka persilangan teori dan amali ini.

*”Kehidupan tersebut” ialah ungkapan yang selalu digunakan dalam kalangan mangsa pemerdagangan untuk menerangkan waktu mereka dieksploitasi dalam industri seks komersial.

 

Megan Lundstrom ialah Pengasas Free Our Girls.

Angie Henderson ialah Profesor bidang Sosiologi di Universiti Colorado Utara.

Artikel ini telah disediakan oleh Megan Lundstrom dan Angie Henderson sebagai penyumbang kepada Delta 8.7. Seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Delta 8.7, pendapat yang diluahkan dalam artikel ini merupakan pendapat pengarang dan tidak semestinya mencerminkan pendapat UNU atau rakan kongsinya.

Forum Delta 8.7
Keadilan Antarabangsa

How to Spur Corporate Accountability with Modern Slavery Legislation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Sokongan Orang yang Selamat dan Mangsa

Implementing Shared Decision Making with Child Trafficking Survivors

Teruskan Membaca
Kaedah Pengukuran dan Statistik

Evolusi Laporan Global UNODC tentang Pemerdagangan Manusia

Fabrizio Sarrica
Teruskan Membaca
Keadilan Antarabangsa

How to Spur Corporate Accountability with Modern Slavery Legislation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Sokongan Orang yang Selamat dan Mangsa

Implementing Shared Decision Making with Child Trafficking Survivors

Teruskan Membaca
Ekonomi, Peraturan Perniagaan dan Rantai Bekalan

Corporate Social Responsibility and the Failure to End Labour Exploitation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Tag