Simposium: Pendekatan Tempatan kepada Perhambaan Moden | Satu Respons

31 Mac 2019
Inovasi Penyelidikan

Alison Gardner  | Pembantu Profesor Pentadbiran Tempatan dan Dasar Antiperhambaan, Rights Lab, University of Nottingham
The Rights Lab  | University of Nottingham Beacon of Excellence

Amerika Syarikat dan United Kingdom kadangkala digambarkan sebagai dua negara yang dibahagikan oleh bahasa yang sama tetapi selain perbezaan dalam istilah yang kami gunakan untuk menerangkan tentang perhambaan moden dan pemerdagangan manusia, darjah sepertujuan pendapat dalam artikel ini amat ketara. Sumbangan menarik kepada simposium ini menekankan dua perkara yang pada pandangan pertama mungkin kelihatan bercanggah: walaupun konteks kami berbeza, kami mempunyai banyak pengalaman yang sama, yang dapat digunakan untuk menghasilkan respons tempatan kepada perhambaan moden dan pemerdagangan manusia. Walau bagaimanapun, dalam menggunakan perkara umum pembelajaran tersebut, kami juga mengiktiraf—dan bekerja di samping—ciri khusus dan unik setiap komuniti yang berinteraksi dengan kami.

Peluang masa hadapan untuk pertukaran pengetahuan berpusat sekitar pengenalpastian cabaran bersama yang kami hadapi dan berkongsi idea untuk respons dasar tempatan yang berkesan. Simposium ini menunjukkan, sebagai contoh, bahawa terdapat persetujuan yang kuat tentang keperluan untuk melihat melangkaui kerangka keadilan jenayah bagi isu tersebut, ke arah menangani punca eksploitasi melalui perkhidmatan dan campur tangan yang sesuai untuk seluruh komuniti. Beberapa tuil dasar tersebut akan kekal menjadi dasar nasional atau serantau; sebagai contoh, dasar dan perbincangan antiimigresen menjadi halangan bagi usaha antipemerdagangan di kedua-dua belah lautan Atlantik. Namun setiap penyumbang juga menekankan bahawa kawal selia yang berkesan, peruntukan perumahan, kesihatan dan kesejahteraan oleh agensi berkanun dan bukan berkanun tempatan boleh membuat perbezaan yang ketara pada mereka yang paling berisiko. Kelihatannya masyarakat yang tidak mudah mengalah kepada perhambaan bermula dengan memastikan amalan bekerja yang adil, menjaga mereka yang lemah, menangani diskriminasi dan menggalakkan penyatuan sosial.

Satu lagu pencegahan yang lazim dalam artikel ini ialah keperluan bagi perspektif seluruh sistem yang mengambil kira semua petindak. Kaedah yang kami gunakan untuk melibatkan diri dalam perbualan ini adalah penting. Daripada proses pelaksanaan dasar dari atas ke bawah, setiap sumbangan menerangkan nilai pendekatan tindakan-penyelidikan yang lebih berulang dan responsif di peringkat tempatan, yang melibatkan pemegang kepentingan tempatan dalam satu tempoh masa lanjutan. Seperti yang dinyatakan oleh Erb, “adalah penting untuk komuniti antiperhambaan mengambil kira suara dan pengalaman mereka di barisan hadapan” kerana “pelaksanaan strategi yang berjaya bergantung pada penerimaan mereka.”

Ini menjadi semakin penting, memandangkan cabaran sumber yang kelihatan menjadi satu lagi ciri lazim bagi dasar dan amalan antiperhambaan tempatan. Ini juga menimbulkan soalan menarik tentang takat kita harus fokus pada kelemahan pemetaan—menghasilkan analisis berdasarkan keperluan atau yang fokus pada “defisit”, yang kita mungkin tidak dapat respons dengan sumber semasa—berbanding dengan kekuatan dan aset komuniti yang dapat bertindak sebagai bongkah binaan untuk tindakan pada masa hadapan. Kedua-dua wawasan adalah penting tetapi analisis “apresiatif” aset mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk menggalakkan inovasi dan tindakan praktikal.

Semua sumbangan menyerlahkan isu kepimpinan, terutamanya kepimpinan mangsa yang terselamat, sebagai kaedah asas untuk memastikan aktiviti kerjasama kekal teguh dan relevan. Untuk Tackney, ini mengambil bentuk kepimpinan yang pelbagai dan tersebar yang menyatukan kerajaan dan pertubuhan akar umbi. Untuk Erb, komuniti tempatan harus menyediakan sumber utama bagi strategi dan dasar, “bukan melalui sebarang proses rumit tetapi hanya dengan meluangkan masa untuk mendengar, belajar dan bantu”. Walau bagaimanapun, Miller dan Finger mengiktiraf bahawa proses membangunkan visi bersama mengambil masa dan memerlukan bahan asas kepercayaan; malah untuk Miller dan Finger “satu petunjuk utama bagi kerjasama yang berjaya ialah kepercayaan yang boleh dibina dan dikekalkan oleh mereka”. Ini juga menjadi perkara utama pembelajaran daripada pembelajaran-tindakan kami di UK, yang mendapati kepercayaan dan visi bersama menjadi asas bagi keberkesanan kerjasama tempatan, satu langkah pertama yang penting ke arah tindakan yang mustahil untuk dipintasi.

Kepercayaan juga menjadi teras kepada cabaran meletakkan pemantauan dan penilaian di peringkat tempatan, yang terus mengecewakan petindak dasar di kedua-dua belas lautan Atlantik. Sementara kepimpinan tersebar adalah penting dalam menggerakkan penduduk, ia juga boleh menjadi sumber konflik atau perselisihan apabila cuba menetapkan bukti yang harus dikumpulkan dan proses serta kaedah bagi pengumpulan data. Selain itu, kekangan sumber juga menjejaskan pemantauan: bagaimana kita menghasilkan perspektif sistem, apabila terdapat kurang koordinasi untuk mencipta “pandangan helikopter”? Tackney dan Erb menekankan kepentingan koordinasi dalam menumpukan pada usaha tempatan dan adalah menarik untuk melihat bahawa ini telah menjadi aspek penting bagi projek Pathways to Freedom (Laluan Kebebasan). Pemantauan dan penilaian juga mungkin menjadi bidang yang akan mendapat manfaat daripada beberapa usaha di peringkat serantau dan nasional, bagi menetapkan proses dan standard penilaian bersama, walaupun sebarang penyelesaian mesti mengekalkan sensitiviti kepada keutamaan tempatan dan strategi untuk perubahan.

Akhir sekali, terdapat peringatan yang dialu-alukan dalam respons ini bahawa dalam usaha untuk mencari pengajaran universal untuk dikongsi, kita mesti mengamalkan sikap rendah diri dalam mengiktiraf batasan pengetahuan dan perspektif kita dan tidak melupakan ciri khusus dan tempatan dalam setiap komuniti. Terutamanya, Erb menyerlahkan keperluan untuk bergerak melangkaui dialog yang datang daripada pengalaman penggubal dasar dan petindak di utara dunia, untuk mengelak daripada memaksa teori yang tidak dihasilkan dengan baik kepada komuniti dalam suasana sosial dan budaya yang sangat berbeza.  Tindakan tempatan boleh membawa kepada perubahan global, tetapi hanya dengan mengiktiraf ciri unik dan pengalaman setiap komuniti dalam penyelesaian yang kami cadangkan, bukan dengan memaksa penyelesaian yang khusus untuk satu konteks sosial atau ekonomi ke atas yang lain. Mendengar kepada komuniti kita dan belajar daripada mereka harus mendahului tindakan.

Kajian ini telah disediakan sebagai sebahagian daripada simposium Pendekatan Tempatan kepada Menangani Perhambaan Moden Delta 8.7. Baca semua respons di sini atau muat turun simposium lengkap PDF di sini:

Alison Gardner mengetuai Program Kerajaan di Rights Lab, University of Nottingham.

Artikel ini telah disediakan oleh Alison Gardner sebagai penyumbang kepada Delta 8.7. Seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Delta 8.7, pendapat yang diluahkan dalam artikel ini merupakan pendapat pengarang dan tidak semestinya mencerminkan pendapat UNU atau rakan kongsinya.

Forum Delta 8.7
Keadilan Antarabangsa

How to Spur Corporate Accountability with Modern Slavery Legislation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Sokongan Orang yang Selamat dan Mangsa

Implementing Shared Decision Making with Child Trafficking Survivors

Teruskan Membaca
Kaedah Pengukuran dan Statistik

Mapping Agricultural Labour Trafficking in Texas

Teruskan Membaca
Keadilan Antarabangsa

How to Spur Corporate Accountability with Modern Slavery Legislation

Genevieve LeBaron
Teruskan Membaca
Sokongan Orang yang Selamat dan Mangsa

Implementing Shared Decision Making with Child Trafficking Survivors

Teruskan Membaca
Kaedah Pengukuran dan Statistik

Shared Learning and Understanding the Contexts for Human Trafficking from Albania, Viet Nam and Nigeria to the UK

Teruskan Membaca
Tag