Apakah itu Delta 8.7?

Apakah makna delta?

Huruf Greek delta—Δ—digunakan dalam matematik dan sains untuk melambangkan jumlah perubahan pada pemboleh ubah tertentu.

Apakah itu 8.7?

Dalam Sasaran 8.7 Matlamat Pembangunan Lestari, Negara komited untuk mengambil langkah segera dan berkesan bagi menghapuskan perhambaan moden, pemerdagangan manusia, buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

Apakah maknanya secara bersama?

Delta + 8.7 = Mengukur perubahan ke arah Sasaran 8.7.


Pada sebarang hari dalam tahun 2016, tahun terkini yang kami mempunyai anggaran yang boleh dipercayai, 40.3 juta orang berada dalam situasi perhambaan moden atau buruh paksa—atau satu dalam setiap 174 orang yang hidup —dan 152 juta kanak-kanak menjadi mangsa buruh kanak-kanak. Tindakan segera diperlukan untuk menangani masalah ini. Dengan Sasaran 8.7 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Bangsa-bangsa Bersatu, 193 negara telah mengikrarkan komitmen mereka untuk mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menghapuskan perhambaan moden, pemerdagangan manusia, buruh paksa dan buruh kanak-kanak.

Tetapi apakah langkah yang berkesan? Apakah usaha yang boleh diambil untuk menangani masalah ini?

Untuk menjawab soalan ini, Pusat untuk Penyelidikan Dasar – Universiti Bangsa-bangsa Bersatu (UNU-CPR) telah mencipta Delta 8.7—sebuah projek inovatif yang membantu petindak dasar memahami dan menggunakan data secara bertanggungjawab untuk memaklumkan dasar yang akan menyumbang kepada pencapaian Sasaran 8.7. Delta 8.7 menghimpunkan data paling berguna, bukti, penyelidikan dan berita, menganalisis data canggih dan membantu orang ramai memahami data tersebut supaya data itu dapat diterjemahkan kepada dasar yang berkesan.


Sumber

Dalami lagi tentang Gambaran Keseluruhan Bertema, Peluang Pembelajaran dalam talian dan luar talian, Penyelidikan asal oleh pasukan Delta 8.7 atau terokai Glosari tapak.

Data dan Ukuran

Lawati Papan Pemuka Data untuk menerokai bukti di peringkat negara, rantau dan global atau pelajari Bagaimana untuk Mengukur Perubahan melalui bahan pengenalan kami tentang sains dan ukuran data.

Forum

Forum ini ialah tempat utama di dunia bagi perbincangan tentang data dan bukti terkini mengenai buruh paksa, perhambaan moden, pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak dan erti pencapaian Sasaran 8.7 untuk dasar.

Seruan untuk Bertindak

Terokai usaha negara-negara yang telah menyokong Seruan untuk Bertindak UK bagi Menamatkan Buruh Paksa, Perhambaan Moden dan Pemerdagangan Manusia.