Dr Claire Healy ialah Pegawai Penyelidikan di Program Antipemerdagangan ICMPD. Beliau seorang pengarang kajian ICMPD Menyasarkan Kelemahan: Kesan Perang Syria dan Situasi Pelarian ke atas Pemerdagangan Manusia (2015). Pada masa ini beliau menyelaraskan penyelidikan tentang kerentanan dan kebingkasan terhadap eksploitasi dalam kalangan mereka yang menggunakan laluan Balkan dan Mediterranean Tengah ke Eropah dan juga telah bekerjasama dengan Suruhanjaya ECOWAS menentang pemerdagangan di Afrika Barat sejak 2013. Bekerja di ICMPD sejak 2011, Claire telah menyelaraskan projek penyelidikan tentang pemerdagangan dan penghijrahan di sempadan darat Brazil dan kanak-kanak mengemis di Eropah, menyelaraskan bersama kajian mengenai kanak-kanak mengemis bagi Suruhanjaya Eropah. Kajian beliau tentang pemerolehan kewarganegaraan telah diterbitkan oleh Portuguese Migration Observatory dan beliau telah mengarang bersama sebuah kajian dan manual tentang memerangi pemerdagangan bagi eksploitasi melalui mengemis, serta mengarang kajian, laporan, bab buku, artikel akademik dan ringkasan dasar tentang pelbagai isu penghijrahan dan pemerdagangan. Sebelum ini Claire merupakan felo pasca doktor falsafah di Institut Universiti Lisbon dan pada 2007-2009, Penasihat di Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Portugal untuk Imigresen. Dari 2005 hingga 2007, beliau bekerja di Dublin, Ireland sebagai Perunding Penyelidikan untuk beberapa NGO dalam bidang pemerdagangan, pelarian dan penghijrahan. Claire mempunyai PhD dalam Sejarah Penghijrahan dan beliau telah melakukan kerja sukarela dengan kanak-kanak pelarian dan penghijrah di negara Jerman, Portugal dan Ireland. Beliau juga pernah bekerja sebagai seorang penterjemah dan jurubahasa dan fasih berbahasa Inggeris, Jerman, Portugis, Sepanyol, Ireland dan Perancis.