Kisah Data Perhambaan Moden

Semua orang berhak untuk berasa selamat dan dihargai dalam pekerjaan mereka serta dibayar secara adil. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, lebih daripada 40 juta orang dianggarkan menjadi mangsa perhambaan moden di seluruh dunia dan lebih daripada 152 juta kanak-kanak dianggarkan berada dalam situasi buruh kanak-kanak.

Dengan Sasaran 8.7 Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-bangsa Bersatu, 193 buah negara telah mengikrarkan komitmen mereka untuk mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menghapuskan buruh paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia sebelum 2030 dan buruh kanak-kanak sebelum 2025.

Untuk menyerlahkan tindakan dan usaha global mencapai Sasaran 8.7, Delta 8.7 telah bekerjasama dengan EarthTime—sebahagian daripada Community Robotics, Education and Technology Empowerment Lab (CREATE Lab) (Makmal Pemerkasaan Robotik, Pendidikan dan Teknologi Komuniti di Universiti Carnegie Mellon—untuk mencipta satu siri kisah data yang menunjukkan penyebaran secara meluas pelanggaran hak asasi manusia ini serta bagaimana usaha kerajaan untuk menangani masalah ini telah berubah dari semasa ke semasa. Menggunakan set data daripada ILO, IOM, Walk Free Foundation, SmartLab, UK Government, Delta 8.7 dan Pusat bagi Penyelidikan Dasar Universiti Bangsa-bangsa Bersatu, digabungkan dengan imej satelit NASA, projek ini menceritakan kisah unik dan menarik tentang penyebaran secara meluas pelanggaran hak asasi manusia ini dan usaha untuk menghapuskan jenayah ini.

Kisah ini juga saling melengkapi Papan Pemuka Data, yang menggambarkan data yang ada tentang buruh paksa, perhambaan moden, pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak pada peringkat nasional.

Bagaimana untuk mengemudi kisah-kisah tersebut

  • Pengguna boleh berinteraksi dengan kisah tersebut sama ada dengan mengklik pada anak panah kanan dan kiri di tepi kotak teks atau mengklik pada slaid di bawah bingkai untuk melompat ke slaid kisah khusus.

 

  • Pengguna boleh zum masuk atau keluar daripada setiap titik perjalanan untuk mengasingkan rantau atau negara khusus di dunia dengan menggunakan “+/-” di sudut kiri atas atau menatal ke atas atau bawah pada tetikus. Untuk kembali ke kisah tersebut, hanya klik “Sambung semula kisah” dan kisah tersebut akan bersambung daripada slaid terakhir yang ditunjukkan.

 

  • Sekiranya terdapat kelewatan dalam menggambarkan lapisan tertentu atau roda berputar muncul, pengguna harus membenarkan lapisan tersebut untuk muat atau mereka boleh menyegarkan semula halaman tersebut.

Akses pantas ke kisah tersebut

Kisah 1: Penyebaran secara Meluas Perhambaan Moden dan Buruh Kanak-kanak

Kisah 2: Usaha Kerajaan untuk Menamatkan Perhambaan Moden


Kisah 1: Penyebaran secara Meluas Perhambaan Moden dan Buruh Kanak-kanak

Untuk melihat kisah ini pada EarthTime atau telefon mudah alih, klik di sini.


Kisah 2: Usaha Kerajaan untuk Menamatkan Perhambaan Moden

Untuk melihat kisah ini pada EarthTime atau telefon mudah alih, klik di sini.