Seruan Untuk Bertindak

Terokai usaha negara-negara yang telah menyokong Seruan untuk Bertindak bagi menamatkan Buruh Paksa, Perhambaan Moden dan Pemerdagangan Manusia.

Apakah Seruan untuk Bertindak bagi Menamatkan Buruh Paksa, Perhambaan Moden dan Pemerdagangan Manusia?

Seruan untuk Bertindak telah dilancarkan oleh Pemimpin Dunia pada 19 September 2017 semasa mesyuarat yang ke 72.Perhimpunan Agung UN. Anda boleh baca Seruan untuk Bertindak yang lengkap di sini.

Ia juga tersedia dalam bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, Rusia dan Cina.

Seruan untuk Bertindak menggariskan tindakan praktikal yang boleh diambil oleh negara untuk mencapai Sasaran 8.7 Matlamat Pembangunan Lestari UN, termasuk untuk:

  • Meratifikasikan dan memastikan perlaksanaan yang berkesan konvensyen, protokol dan rangka kerja antarabangsa yang berkenaan.
  • Mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan respons keadilan jenayah bagi meningkatkan dengan pantas kapasiti untuk mengenal pasti, menyiasat dan mengendalakan aktiviti jenayah.
  • Mendahulukan mangsa.
  • Membasmi buruh paksa, perhambaan moden, pemerdagangan manusia dan bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk daripada [their] ekonomi […] dengan membangunkan rangka kerja kawal selia atau dasar, mengikut kesesuaian, dan bekerja dengan perniagaan untuk menghapuskan amalan seumpama itu daripada rantai bekalan global.

Ketahui lebih lanjut tentang tindakan yang telah diambil sejak pelancaran Seruan untuk Bertindak di sini.

Sokong Seruan untuk Bertindak

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara untuk menyokong Seruan untuk Bertindak, sila hubungi kami.