Panduan Dasar

Memperkenalkan Panduan Dasar

Delta 8.7 berhasrat untuk membantu penggubal dasar memahami “langkah-langkah berkesan” bagi menghapuskan buruh paksa, perhambaan moden, pemerdagangan manusia, dan buruh kanak-kanak yang Negara Ahli komited untuk ambil menjelang 2030 sebagaimana yang dinyatakan dalam Sasaran SDT 8.7. Sejak pelancaran platform ini September 2018 yang lalu, kami telah berusaha untuk meningkatkan akses petindak dasar kepada data dan maklumat yang boleh dipercayai tentang “langkah berkesan”. Ini telah menyertakan pembangunan papan pemuka negara, sebuah Forum untuk saling bertukar maklumat tentang penyelidikan dan bukti terkini, serta Gambaran Keseluruhan Tematik pengenalan.

Antara sekarang dengan Mac 2021 Delta 8.7 akan membangunkan tiga “Panduan Dasar”, yang akan menggantikan Gambaran Keseluruhan Tematik ini. Sementara Gambaran Keseluruhan bertujuan untuk menyediakan kepada petindak dasar kaedah yang mudah mendapatkan bukti terkini dan pandangan tentang aspek khusus eksploitasi SDG 8.7 atau tindak balas terhadapnya, Panduan Dasar mempunyai aspirasi matlamat yang lebih tinggi sedikit: untuk menyediakan petikan (snapshot) tentang ‘langkah berkesan’ demi mencapai SDG 8.7.

Panduan Dasar ini akan diterbitkan menjelang akhir Mac 2021, masing-masing berusaha mengenal pasti gabungan dasar multilateral dan negara yang diperlukan untuk memesatkan pencapaian SDG 8.7 dalam satu daripada tiga domain dasar yang luas:

  1. Keadilan– termasuk keadilan jenayah dan sivil, penglibatan dan sokongan mangsa yang terselamat, termasuk peranan sektor kesihatan;
  2. Pasaran– termasuk semua aspek dasar ekonomi, perdagangan dan kewangan, termasuk rantaian bekalan dan dasar pembangunan;
  3. Krisis– termasuk konflik, kemanusiaan, respons krisis, serta penghijrahan.

Khalayak untuk panduan-panduan ini, khususnya, penggubal dasar multilateral dan di peringkat negara. Kami bukan cuba untuk memerintah penggubal dasar tentang cara mereka sepatutnya menyusun untuk mencapai Sasaran 8.7 – kerana itu memerlukan pemahaman masalah khusus di setiap negara, sumber yang sedia ada untuk ditangani, dan faktor kontekstual. Sebaliknya kami sedang berusaha untuk menyediakan sumber dasar berasaskan bukti yang berguna meneliputi pelbagai konteks, dan untuk petindak dasar di seluruh dunia, termasuk mereka yang memikirkan tentang rangka kerja dasar multilateral.

Perundingan Awam

Kami berhasrat untuk mengendalikan proses mendraf yang terbuka, telus dan amat berwibawa yang menggabungkan penilaian dan bukti saintifik yang rapi dengan kepintaran dasar. Untuk mencapai matlamat ini, selain menghimpunkan tiga kumpulan kerja pakar global, yang akan turut bertanggungjawab membangunkan panduan-panduan ini, Delta 8.7, antara sekarang hingga Mac 2021, akan mengadakan tiga perundingan awam:

Perundingan Awam tentang Proses dan Panggilan untuk Pencalonan

Penyerahan bukti Awam

Perundingan awam tentang draf Panduan Dasar

Untuk perundingan pertama ini anda boleh turut serta/menyumbang dalam satu atau lebih cara yang berikut:

1) Memohon untuk menyertai satu daripada tiga Kumpulan Kerja pakar global.

Jika anda berminat untuk memohon:

Sila rujuk Nota Konsep Panduan Dasar yang membentangkan keseluruhan pelan untuk panduan-panduan ini.

Baca Soalan Lazim di sini.

Isi borang permohonan ini dan kemukakan CV anda.

Tarikh akhir serahan ialah: 26 Mei

Jika anda ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi: Angharad Smith – angharad.smith@unu.edu.

2) Komen tentang Nota Konsep Panduan Dasar

Delta 8.7 mengundang maklum balas tentang Nota Konsep Panduan Dasar.

Sila hubungi Angharad Smith – angharad.smith@unu.edu untuk memberi apa-apa komen dan cadangan tentang proses ini.

Tarikh akhir maklum balas ialah: 26 Mei.